Friday, 15 July 2011

CARA-CARA MEMBINA BLOG


LANGKAH PERTAMA
1.       Untuk membina satu blok anda mestilah mempunyai  satu akaun google           .Lengkapkan akaun google berkenaan seperti panduan dibawah :-

1.1        Taipkan alamat akauan gooogle anda

1.2        Taipkan  kata laluan untuk kod keselamatan supaya email anda tidak boleh dibuka oleh orang lain.

1.3        Taipkan nama blok yang anda ingin cipta mengikut citarasa anda.


 




















LANGKAH KEDUA
2.      Namakan blog anda mengikut nama yang anda suka mengikut citarasa anda sendiri. Contohnya blog saya diberi nama rozita 210156. Anda tidak perlu risau kerana nama blog anda boleh diubah pada bila-bila masa sahaja.

 

















LANGKAH KETIGA
3.      Pilih latar belakang yang sesuai dengan tema anda .Terdapat pelbagai pilihan latar belakang yang boleh anda pilih. Namun  begitu terdapat sesetengah blogger yang dapat mencipta latar belakang blognya sendiri.















                                                                                      



LANGKAH KEEMPAT
4.      Apabila anda telah sampai ke langkah keempat, ini bermakna blog anda telah berjaya dibina .

 


















LANGKAH KELIMA
5.      Untuk langkah kelima ini anda boleh mula menulis di laman blog anda sebarang artikel yang anda rasakan sesuai di dalam blok anda. Anda tidaka perlu risau kerana sebarang atikel boleh diubah dan ditambah pada bila-bila masa sahaja.




 













LANGKAH KEENAM
6.      Berikut merupakan contoh blog saya yang telah siap dibina . Untuk menjadikan blog anda menarik anda boleh menambahkan sebarang animasi , petua , tip atau nasihat yang boleh dijadikan panduan.

















LANGKAH KETUJUH
Anda boleh megubah dan menambah sebarang maklumat dan artikel dengan klik di dashboard seperti yang ditunjukkan diatas.

 
 












CIPTAAN ILAHI TIADA BANDINGAN (2)


                   Walaupun kecil tetapi tetap mempunyai keunikkan dan keindahannya sendiri. Keindahan ini tidak  pernah kita lihat kerana ia terlalu kecil untuk dilihat mata kasar kita. Adik saya Hafiz seorang peminat dalam dunia kecilnya telah menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan betapa indahnya BUNGA LALANG ciptaan Masa Esa. 


                    Kagumilah keindahan itu tanpa harus memilikinya sebagaimana saat kita mengagumi keindahan Allah Yang Maha Indah yang tak mungkin kita untuk memilikinya. Sementara nyawa dikandung badan nikmatilah, syukurilah nikmat pemberiaNYA. 





AKTIVITI SEKOLAH 2011

SK SERI TAMAN

       SK SERI TAMAN adalah sebuah sekolah yang terletak di pinggir daerah Kota Star. Sekolah ini mempunyai 237 orang pelajar dan 24 guru. bernaung dibawah Puan Hajah Noortipah Bt. Ramli. Diantara aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini adalah  :

     Hari Sukan Balapan dan Padang

    walaupun hari nak hujan..tetapi kanak -kanak ini tetap semangat


  acara terakhir yang ditunggukan......"kuat tarik..." ihih



 saat yang ditunggu oleh pemenang-pemenang...


  pasukan rumah kuning..menang. walaupun habis suara tetapi berbaloi..ihih


 
ahlamdulillah....setelah majlis selesai...hujanpun turun





                                




    

Thursday, 14 July 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TAMAN (2)


SAMBUTAN MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ















             CERAMAH DARI TETAMU JEMPUTAN


PERTANDINGAN AZAN, NASYID DAN BERCERITA OLEH MURID YANG MELEPASI SARINGAN.


             MAJLIS LARIAN 1 MALAYSIA

           AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
          PENYERTAAN OLEH GURU

MENIKMATI JUADAH SELEPAS LARIAN

Wednesday, 13 July 2011

TIP-TIP MENJAWAB BAHAGIAN B SOALAN SAINS

1.     Kaji dan cari pemboleh ubah dalam soalan yang diberikan.
   Pemboleh ubah mempunyai 3 iaitu:-
a.     Pemboleh ubah dimanipulasi ( pekara yang berbeza dalam satu eksperimen)
b.     Pemboleh ubah bergerak balas ( pekara yang dikaji)
c.     Pemboleh ubah dimalarkan            (pekara yang sama didalam eksperimen

2.     Menjawab soalan tujuan/ penyiasatan’
   Untuk mengkaji hubungan diantara pemboleh ubah dimanipulasi dengan     
   pemboleh ubah bergerak balas.

3.     Menjawab soalan pola / corak perubahan
Bertambah, berkurang, menaik. menurun , sekata atau tiada perubahan

4.     Menjawab soalan perhubungan
Semakin bertambah/ berkurang pemboleh ubah dimanipulasi, semakin bertambah dan berkurang pemboleh ubah bergerak balas

5.     Menjawab soalan kesimpulan
Keseluruhan kajian / gunakan jawapan hubungan bagi soalan jadual yang ada angka